Tuesday, December 13, 2011

AKU BERSEPAH-SEPAH

hi. hi untuk diri aku? peliknya. aku listkan semuanya pasal aku, aku dan aku.


TIDUR


tidur adalah satu perkara yang wajib dilakukan oleh semua benda hidup terutamanya manusia. aku, tanpa tidur yang cukup adalah umpama handphone yang dah biol, kena ketukbalingcampak baru boleh guna. tidur yang cukup disini adalah 9jam sehari. setiap pagi, aku bangun aku tengok jam, aku kira dengan tangan dah berapa jam aku tidur (sambil mata tertutup) kalau tak cukup aku tidur balik, kalau dah cukup, aku teruskan hari yang 'indah'.


HABIT


habits die hard. aku suka korek hidung. siapa tak suka betul? tak suka, pi cukur bulu hidung la. bila korek hidung, semua kotoran dah keluar, aku rasa keselesaan maksima di ruangan muka.

kalau kencing aku tak tutup pintu. tapi bukan dekat semua tempat. macam dekat rumah aku, kalau semua orang dalam bilik, aku tak tutup pintu. kalau tiba2 ada orang lalu, rezeki mereka lah tu. tapi setakat ni belum pernah terkantoi lagi.

cabut bulu tiak. ouh ouhh bila dia dah menjulur (lupa/malas) nak cukur, aku pun menjalar depan TV, cabut satu per satu. nikmat~


BOIPREN


Istilah boipren pada aku sangat panjang.

boipren ialah lelaki (semestinya) yang mampu menjaga aku baik dari segi keselamatan, moral dan agama serta   sentiasa berada bersama aku ketika aku memerlukan dia- berada bersama di sini bukan bermaksud hanya 'bersama' samada on call atau message, tapi betul2 bersama aku, berkongsi gembira dan sedih-

kalau setakat kau call ada masalah tapi boipren kau kata 'i busy ni yang, call orang lain lah' , 'i jauh ni, sorry takpat tolong' itu boipren suka2 boleh la. aku nak jawapan macam 'ok im on my way bebehh' takpun 'takpat datang la, tapi takpa i dah call kawan i suruh pegi tempat you' < haaa ini macem laa baru boipren!

and i've found mine. we plan to marry 3 years from now, InsyaAllah.


KAWAN


kawan datang dan pergi dalam hidup aku. tak ada istilah kawan-baik-dari-zaman-main-basikal-kecik-dulu. kalau aku pergi tempat A, aku rapat dengan si Timah sampai la aku pergi tempat B si Timah tah kemana, aku pun dah jumpa besfren baru. kadang tu belum pergi tempat B lagi dah bertukar besfren. haa perumpamaan la tu.

 kadangnya aku terfikir, adakah aku terlalu teruk untuk dijadikan kawan sehidup semati. kalau ginilah gamaknya, mungkin betul pikiran aku tu.


FAMILY


aku anak ke-4 dalam 5 adik beradik. sangat kecewa kerana tak berkesampaian menjadi anak terakhir. bermusuh dengan adik aku sedari dia lahir lagi. orang ramai pergi tengok budak tu, aku menonong depan TV tengok kartun.

i love my mom. A LOTS. more than everything and i really mean it.



dah aku nak tidur. nanti2 aku sambung. bai

No comments:

Post a Comment