Thursday, April 12, 2012

SIGH AGAIN AND AGAIN

dah lama sangat jari ni tak menaip, berbuku apa yang aku rasa, berkepam dalam diri apa yang aku alami. sebab aku tak cerita pada orang! aku tak tahu pada siapa aku mahu cerita *sigh* aku tak punya KAWAN SAMPAI MATI. apa maksudnya KAWAN SAMPAI MATI tu?

maksudnya, saorang manusia; yang pastinya aku tak mahu berkawan dengan alien hijau telinga tajam; bilamana aku punya masalah, jiwa aku kacau, bila masa sahaja aku boleh cerita padanya. aku boleh berkata2 apa aku mahu, dan dia bersedia untuk mendengar.

tapi sayang. aku tak punya KAWAN SAMPAI MATI, aku hanya ada kawan gelak ketawa. segala apa yang aku rasa, sedih gembira mahupun kecewa terpaksa aku sambut saorang diri. aku hanya ada kenalan yang SANGAT ramai. mungkin aku tak layak untuk berkawan?


perlu ke aku letak signboard tepi jalan 'KAWAN SAMPAI MATI DICARI. SILA HUBUNGI 01*******' tak perlu merayu, tak perlu menagih untuk benda yang tak bawak masuk kubur pun. benda  yang satu hari nanti tak pasti pun akan kekal dengan kita. KAWAN, tak wujud.


percayalah.

No comments:

Post a Comment