Monday, February 20, 2012

BINTANG AKU




dia cukup istimewa,
dia buat aku gigit bibir sendiri,
dia buat aku hidup dalam fantasi,
hilang nyawa tanpa bintang,
mati aku tanpa dia.

Aku tak gilakan dia,
Aku gilakan hubungan yang mampu menyuluh hidup gelita aku, sungguh.

Bila aku jatuh tersungkur teruk,
Dia ada menghulur tangan menolong aku bangun kembali,
Bila aku lemas dalam dunia,
Dia ada menggendong aku keluar dari mentaliti terkunci,
Bila aku hilang arah tuju destinasi hidup,
Dia ada memimpin tangan aku menghala ke dunia sebenar.

Kerana itu dia terlalu istimewa.

Bariskan aku sederet putera yang luas kuasanya,
Tetap aku pilih dia yang tak punya rupa,
Mandikan aku dengan not-not duit yang berjuta,
Aku masih mahukan dia yang kosong harta.


Aku bukan cerita tentang kisah cinta mimpi siang,
Juga bukan cerita dongeng yang menjanjikan pengakhiran indah,
Aku bicara tentang indahnya realiti bila ia menjadi seperti yang kita inginkan,
Percayalah, cinta itu menakjubkan.



. pertama kalinya aku bikin puisi untuk Angah yang tersayang, insan luar biasa menakjubkan, mampu mengubah hidup siapapun, terutama aku. Terlalu beruntung untuk aku, kerana dia, aku yang punya. Benci manapun aku luahkan tentang dia, lebih besar cinta yang tersemat. Till death tear us apart,
MIN.


No comments:

Post a Comment