Monday, February 20, 2012

MERELAKAN REALITI




Realiti itu haram jadah,
Aku benci pada yang namanya realiti,
Terlalu pedih pabila sedar dari tidur dan sedar semuanya realiti.

Kerana realitinya,
Aku cuma si bodoh!
Aku cuma sampah!
Aku umpama tin kosong tepi jalan,
Tak dipedulikan, tak diendah,
Dan kalau ada yang perasan, aku hanya disepak terajang.

Tapi aku juga benci pada yang namanya fantasi,
Yang datang menjanjikan cinta, pulang membawa harta,
Dan bila kita tersedar, ia cumalah fantasi!
Cukup benci.

Bila kita berfantasi yang indah belaka,
Terasa mahu hidup seribu tahun lamanya.
Datang pula realiti, memusnahkan segala impian.
Kerana itu aku benci keduanya, semuanya bullshit.

No comments:

Post a Comment