Monday, February 20, 2012

MENGHERET PERIT




Dan apabila kita mengheret perit,
Setiap langkah kita ambil terasa berat.
Terlalu berat.
Kita mencapai apa saja,
Kita berbuat apa saja,
Kita berfikir apa saja,
Kita ambil apa saja yang dapat membantu kita terus ke depan,
Dengan harapan ia dapat membawa kita ke depan,
Kerana di belakang itu pahit perit,
Kerana di belakang itu pedih sakit,
Fikir satu. Hanya ke depan.

Tetapi kita gagal.

Kerana langkah itu terlalu berat,
Tidak dapat melangkah walau seinci pun,
Ter-la-lu berat.
Tak mampu bersuara.
Setiap kata membawa sebak,
Setiap butir membawa hiba,
Setiap suara membawa teriak.

Tapi kita masih harus ke depan,
Walau sekecil zarah, sebesar semesta halangannya,
Masih harus ke depan!
Kerana di belakang itu terlalu PERIT untuk di hadap sekali lagi.

Lalu kita sematkan dalam hati, jauh dalam hati,
Biar badan kita sakit,
Biar jiwa kita parah,
Biar telinga kita nanah,
Biar minda kita gila,
Asal kita harus ke depan.
Pasti!

Penuh harapan, agar ia membawa kita ke depan,
Kita punya Tuhan,
Tuhan Maha Agung, Maha Hebat!
Yakin padaNya, teman-teman.



No comments:

Post a Comment