Aku optimis tentang kehidupan,
Aku juga pernah jadi Si Skeptikal,
Aku mahu takluk dunia,
Aku suka jadi pemimpin,
Aku sentiasa idamkan nombor 1,
Aku Min, bukan sebarang Min.
Hah, cukup gagah.
Tapi itu hanyalah kata-kata kosong,
Sembang kuda, kencing berapi,
Hasilnya kosong!
Luarnya nampak gah, isinya kosong!
Ya, kosong!
Realitinya, aku hanyalah Min,
Satu nama yang, ya, semua orang tahu, cukup kenal,
Tapi reaksinya pabila disebut Min- ‘oo, dia tu..’
Dan itu tak cukup bagi aku!
Kalau manusia tak pernah cukup,
Min mahu lebih dari cukup!
Aku mahu jadi si hebat,
Gah namanya se-gah peribadinya,
Gah kata-katanya se-gah tindakannya,
Gah segalanya se-gah namanya, Min.
Min, penterjemahan yang cukup mendalam bagiku,
Bukan sebarang nama, dan aku maksudkannya,
Kerana itu, jangan pernah panggil aku dengan nama lainnya.
MIN.
M- menggapai cita-cita setinggi langit, sedalam laut, seluas semesta, tanpa alasan!
I- istilah kepada halangan: sehalus zarah yang menghalang kejayaan
N- never say never because the word is your silent killer
Pantas aku genggam erat-erat,
Aku rangkul ketat-ketat,
Aku tahu aku pasti boleh!
Dan suatu hari nanti, nama aku benar-benar bukan sebarang nama,
Pabila disebut-sebut, ‘Min itu cukup hebat!’
Suatu hari nanti, pasti.
Bagi aku masa.
No comments:
Post a Comment